Majlis Penutupan Pogram Certificate in Fundamental of Hotel Operation (FOHO)
Majlis Penutupan bagi Program Certificate in Fundamental of Hotel Operation (FOHO) telah pun berlangsung dengan jayanya pada 21 Oktober 2024 (Jumaat) bertempat di Mini Teater, Sutera Magellan Harbour, Kota Kinabalu, Sabah. Majlis tersebut turut dirasmikan oleh Tuan Charles William Dabbi selaku Timbalan Setiausaha Tetap KBSS (Sektor Belia) dan dihadiri oleh pegawai KBSS Puan Pamela.
Seramai 25 orang pelatih telah berjaya menamatkan latihan dalam program Certificate in Fundamental of Hotel Operation (FOHO). Sekaligus, sijil tamat latihan dan penyerahan surat tawaran diserahkan kepada semua pelatih pada hari tersebut.
GAIN FORLIFE GROUP OF COMPANIES